PENGURUSAN RISIKO DAN NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN GELOMBANG HABA

Cuaca panas ekstrem boleh meningkatkan risiko strok haba disebabkan peningkatan suhu badan
melampau dan dehidrasi badan yang teruk. Pada tahun 2016, bermula bulan Mac hingga Jun,
buat kali pertamanya negara ini telah mengalami cuaca panas ekstrem sehingga mencecah tahap
gelombang haba di beberapa kawasan sebagaimana ditakrifkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Dalam tempoh tersebut, dilaporkan terdapat peningkatan bilangan kes yang menerima rawatan dan
jumlah kematian akibat penyakit berkaitan haba.

Pendedahan kepada cuaca panas dan gelombang haba boleh menyebabkan kesan kesihatan
yang ringan seperti sunburn dan rash. Sekiranya pendedahan kepada cuaca panas diikuti dengan
kehilangan air badan yang banyak, ia boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk seperti kejang
otot (heat cramp) dan kelesuan haba (heat exhaustion)
. Peringkat paling teruk ialah apabila sistem
badan gagal mengawal suhu badan menyebabkan peningkatan suhu badan yang tinggi sehingga
terjadinya strok haba (heat stroke). Strok haba adalah satu keadaan kecemasan perubatan yang
perlu dirawat dengan segera bagi mengelakkan komplikasi dan kematian.

FAKTOR RISIKO
Semua individu yang terdedah kepada cuaca panas adalah berisiko mengalami penyakit berkaitan
haba. Walau bagaimanapun, golongan berikut adalah lebih berisiko mendapat kesan kesihatan
akibat pendedahan kepada cuaca panas.

Untuk maklumat lebih lanjut, klik link dibawah untuk mengetahui panduan Panduan Pengurusan Risiko dan Nasihat Kesihatan Berkaitan Gelombang Haba (Heatwave).

Klik https://bit.ly/3LPkUyE

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut