PENGOPERASIAN SEMULA BBP SEREMBAN

MENTERI Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming baru-baru ini menyempurnakan majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban.

Ia selepas balai bomba yang berusia lebih 60 tahun berkenaan selesai dinaik taraf selepas projek itu dimulakan pada 2020 menerusi kos sebanyak RM6.1 juta.

Pengoperasian semula balai bomba berkenaan pada 21 Februari lalu menjadikan jumlah keseluruhan 20 buah balai bomba di Negeri Sembilan.

Kor Ming berkata, wujudnya balai bomba berkenaan bersama beberapa buah lagi balai berhampiran seperti Balai Bomba Ampangan, Senawang dan Seremban 2 pastinya memberikan kelegaan kepada penduduk setempat berkenaan perkhidmatan kebombaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …