TERIMA KASIH GURU!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4 : (Tadbir Urus Yang Baik)

Di Malaysia, Hari Guru disambut setiap tahun pada 16 Mei. Hari Guru  diraikan sebagai menghargai sumbangan para pendidik terhadap perkembangan sistem pendidikan negara.

Guru merupakan individu yang diberi kepercayaan untuk mengajar dan mendidik kanak-kanak  bukan hanya akademik dan pendidikan secara  formal. Mereka juga berperanan membantu ibu bapa memberikan  teladan yang baik bagi mencorak kanak-kanak  ini menjadi manusia yang beradab dan berbudi bahasa serta memiliki nilai-nilai murni didalam dirinya.

Kualiti pendidikan Malaysia, berada di tangga kedua selepas Singapura (1), Indonesia (3), Thailand (4), dan Vietnam (5),  bagi lima kedudukan terbaik di Asia Tenggara. Ini meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mempunyai daya saing yang kompetatif dan progresif.

Guru yang berdedikasi dan berkualiti akan melahirkan murid-murid  yang merupakan generasi masa hadapan yang memiliki kualiti diri yang tinggi. Kejayaan bagi seorang murid tidak hanya diukur melalui kecemerlangan didalam peperiksaan, sebaliknya murid itu lebih berjaya jika menjadi individu yang memiliki  keperibadian mulia dan  menyumbang kepada kemajuan dan keharmonian institusi keluarga, komuniti dan negara.

Selamat Hari Guru 2023.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …