SESI KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YBRS. PEGAWAI DAERAH BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4:

TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)

YBrs Tuan Haji Jalil Husni bin Yahaya,  Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang telah membuat kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri, Pegawai Daerah Barat Daya, Negeri Pulau Pinang. Kunjungan hormat ini telah diadakan pada 19 April 2023 (Rabu) bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya, Negeri Pulau Pinang.

Semasa sesi kunjungan hormat ini, beberapa agenda telah dibincangkan termasuk kerjasama berterusan selain mengeratkan hubungan yang terjalin di antara kedua-dua agensi sebagai rakan strategik diperingkat daerah dan negeri. Turut hadir bersama dalam kunjungan ini adalah Cik Syafinas binti Azam, Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Barat Daya, MKN Negeri Pulau Pinang.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …