Pada 7 Mei 2023 (Ahad) yang lepas, Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKEB), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang telah menyertai larian amal sejauh 5km di Lebuh Raya tertinggi Malaysia iaitu, Laluan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus. Larian yang disertai kira-kira 1,000 orang awam turut mempromosikan gaya hidup sihat sebagai langkah yang baik dalam menjaga kesihatan diri.




