RUMAH TERBUKA MALAYSIA MADANI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pada 13 Mei 2023, Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan di Dewan Al-Muktafi Billah Shah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Menteri Besar Negeri Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyambut kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani dan Majlis ini telah menerima kunjungan ribuan pengunjung.

Majlis bermula dengan ucapan Menteri Besar selaku tuan rumah dan diteruskan dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia. Pengunjung yang hadir berpeluang untuk bersalaman dan berswafoto dengan kedua-dua pemimpin tersebut. Turut hadir, Ahli-Ahli Jemaah Menteri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Pelbagai juadah yang disajikan kepada orang ramai sepnajang Majlis tersebut seperti nasi aneka lauk, masakan kambing, sate, lemang, ketupat, rendang, pelbagai jenis masakan mi dan laksa, kuih-muih dan sebagainya.

Suasana kemeriahan itu turut diserikan dengan persembahan artis terkenal tanah air, Haqiem Rusli dan Zaki Yamani serta beberapa lagi persembahan yang memainkan lagu-lagu bertemakan Hari Raya Aidilfitri.

 

Sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …