252,000 akaun terjejas, paras air sungai turun mendadak

Syarikat Air Darul Aman (SADA) menganggarkan kira-kira 251,800 akaun akan terjejas berikutan berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual di tiga daerah di negeri Kedah iaitu Kuala Muda, Kulim dan sebahagian kawasan di daerah Baling.

Perkara ini disebabkan penurunan paras air Sungai Muda secara mendadak berpunca daripada kerosakan pintu barrage Sungai Muda. Kejadian ini mengakibatkan beberapa Loji Rawatan Air (LRA) terpaksa dihenti tugas buat sementara waktu sehingga paras air sungai kembali stabil. LRA yang terlibat adalah LRA Sungai Petani/Pinang Tunggal dan LRA Kulim Hi-Tech.

SADA dalam kenyataannya berkata, bantuan bekalan air akan segera digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis yang kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan ini.

Sumber : Gangguan bekalan air melibatkan kawasan di daerah Kuala Muda, Kulim dan sebahagian daerah Baling.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …