PERANAN INDIVIDU DALAM PEMELIHARAAN SUMBER AIR NEGARA

Salah satu Teras Keselamatan Negara adalah Pembangunan Mampan yang antara lain menggariskan Pengurusan Sumber Asli Negara dan Keselamatan Air sebagai salah satu lanskap di bawah Nilai Teras ini.

Konsep penggunaan air yang betul khususnya di musim perayaan mampu mengurangkan kemungkinan pembaziran dan gangguan terhadap bekalan air. Setiap individu harus memainkan peranan bagi memastikan tidak berlaku pembaziran kepada sumber negara. Antara yang boleh diamalkan adalah;

  • Hanya menggunakan air ketika perlu dan sekadarnya sahaja. Penjimatan melalui kaedah ini akan membentuk disiplin kepada setiap individu dan memupuk rasa menghargai sumber air.
  • Mengamalkan teknologi hijau dengan mengoptimumkan penggunaan air sedia ada. Amalan menyimpan air hujan sebagai air menyiram bunga di musim panas ketika ini merupakan tindakan bijak yang boleh dipraktikkan.
  • Memastikan saluran paip air sentiasa baik dan tidak rosak. Sebarang kelewatan dalam membaiki kerosakan paip air hanya akan mengakibatkan pembaziran dan kehilangan air secara sedar.

Peranan individu dan pihak yang bertanggungjawab dalam memelihara sumber air mampu memastikan kehidupan masyarakat kekal lestari dan seterusnya dalam jangka panjang, tindakan dan amalan menjaga air ini mampu memberi kesan langsung kepada impak perubahan iklim di dunia.

Disediakan oleh : A’ina Syarif

Sumber berita: SADA sedia pelan kontingensi hadapi gangguan bekalan air

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut