FAHAMI APA ITU PENGANTUNAN SEKSUAL KANAK-KANAK ATAS TALIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Siber) 

Pengantunan seksual (sexual grooming) merupakan perlakuan penjenayah seksual untuk memanipulasi dan mengekploitasi kanak-kanak sebagai mangsa seksual mereka (Zainal Rashid, Kamaluddin, Wahab, Abdul Aziz, Abdul Latiff & Rathakrishnan, 2018). Pengantunan seksual juga dapat diterjemahkan sebagai satu persediaan awal yang dilakukan oleh penjenayah dengan menjalinkan hubungan mesra dengan kanak-kanak demi melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak itu (Zainal Rashid et al. 2018). Penjenayah dalam konteks ini juga dikenali sebagai golongan pedofilia yang mana diterjemahkan menerusi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai keinginan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak.  

Modus operandi pengantunan seksual menerusi atas talian termasuklah memaksa atau mengeksploitasi kanak-kanak untuk mendedahkan tubuh, bercakap perkara yang berunsur lucah secara lisan atau memperdaya kanak-kanak melalui internet siber atas media sosial seperti contoh wechat, whatapp dan sebagainya. Selain itu, menurut Portal Rasmi MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), perlakuan yang tidak melibatkan sentuhan ini turut melibatkan modus operandi seperti menunjukkan gambar atau video pornografi kepada kanak-kanak. Bagi penjenayah seksual yang disabitkan kesalahan pengantunan seksual kanak-kanak, pelaku boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan sebatan.  

Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga dinasihatkan untuk tidak memuat naik gambar anak kecil di laman sosial terutama dalam keadaan tidak sempurna pemakaiannya bagi mengelakkan daripada menjadi sasaran golongan pedofilia. Menurut Pensyarah Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Rusyda Helma Mohd berkata, golongan pedofilia ini boleh hadir dalam kalangan orang terdekat dan merupakan satu penyakit mental kronik yang menyebabkan penghidapnya berasa ghairah apabila melihat kanak-kanak atau gambar mereka. Oleh itu ibu bapa atau penjaga perlu memastikan kanak-kanak sentiasa diawasi daripada pemangsa seksual dalam talian. 

Jika pengantunan kanak-kanak ini berlaku kepada mana-mana individu, mangsa boleh mengambil tindakan dengan memberitahu kepada orang yang paling dipercayai seperti ibu, bapa dan guru. Seterusnya membuat laporan polis dan pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan yang berdekatan. 

Di hospital-hospital kerajaan, terdapat Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) yang boleh membantu mangsa dari aspek psikososial. PKSP merupakan kumpulan pengurusan dan profesional yang terlatih dalam bidang Kerja Sosial Perubatan di bawah KKM. PKSP memberi khidmat kepada semua mangsa tanpa mengira umur, jantina, bangsa dan agama. PKSP mengutamakan etika dan kerahsiaan dalam membantu mangsa dan keluarga. 

 

Sumber: 

 

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut