LIMA LANGKAWI

Dalam mempromosikan nama negara ke persada antarabangsa, pameran dan pertunjukan antarabangsa adalah salah satu mekanisme di dalam melonjakkan nama negara ke pentas dunia. Pelbagai pameran yang merentasi spektrum bidang diadakan dalam usaha untuk menarik minat pelabur-pelaburluar, rakan strategik untuk menjalankan usahasama bersama serta untuk memberi pendedahan kepada teknologi baharu kepada pengunjung dan masyarakat secara amnya. Nama Malaysia bukanlah nama asing di dalam penganjuran pameran bertaraf antarabangsa. Pelbagai pameran yang bertaraf antarabangsa telah dianjurkan di negara ini yang telah menarik minat beribu orang untuk hadir. Salah satu pameran yang sering menjadi bualan hangat pengunjung adalah Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA). LIMA adalah pameran udara dan maritim yang melibatkan pelbagai sektor seperti pertahanan, keselamatan dan komersial yang akan diberi pendedahan pada hari tersebut.
Acara dwi-tahunan yang diadakan di Langkawi, Kedah ini akan disertai oleh pempamer-pempamer dari pelbagai negara dalam mempamerkan perkembangan teknologi dan aset berkaitan udara dan maritim kepada delegasi antarabangsa, pengunjung dan pelawat perdagangan. Turut disajikan pada pameran tersebut adalah aksi akrobatik pesawat pejuang dan komersial. Kali terakhir penganjuran LIMA adalah pada tahun 2019 sebelum ianya tertunda akibat daripada penularan wabak Covid-19 di negara ini. Edisi LIMA ‘23 kali ini dijangkakan akan membawakan sehingga 600 pempamer daripada 30 negara dan melibatkan 20 pavilion antarabangsa.
Pameran LIMA ini adalah satu wadah bagi syarikat dalam industri pertahanan dari pelbagai negara untuk mempamerkan produk-produk mereka dan secara tidak langsung merancakkan kerjasama strategik antara industri pertahanan negara dan luar negara. Edisi pertama LIMA pada tahun 1991 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke Empat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan diadakan di tempat yang sama sehingga LIMA 2023 telah menunjukkan bahawa kita mampu dalam menganjurkan pameran yang bertaraf antarabangsa yang dinantikan oleh pengunjung-pengunjung daripada dalam negara mahupun luar negara. Kerjasama antara kementerian dan jabatan seperti penganjuran LIMA yang akan diselaraskan bersama diantara MINDEF dan MOT menunjukkan bahawa idea, tenaga dan aset secara optimum merentasi kementerian dalam melaksanakan sesuatu dapat mengharumkan nama negara dan membawa Malaysia di mata dunia.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut