Pendidikan adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang penting untuk diperuntukan kepada modal insan sesebuah negara. Negara yang maju dan berkembang pesat adalah negara yang berjayamembina modal insan dengan sistem pendidikan yang berkualiti dan dapat memenuhi permintaan pasaran. Dalam pada peningkatan FDI dan kerancakan perindustrian di negara ini, permintaan tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan berkenaan teknikal turut seiring mendapat perhatian daripada pemain industri. Oleh yang demikian, Kerajaan telah memperkenalkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional(TVET) dalam memenuhi keperluan industriyang memerlukan tenaga kerja yang cekap dalam bidang-bidang tertentu khususnya bidang teknikal dan kemahiran.
Objektif TVET diperkenalkan adalah untuk mempersiapkan modal insan negara agar mempunyai ilmu serta kemahiran yang diperlukan di pasaran tenaga kerjadan untuk memastikan ianyaselari dengan misi Malaysia dalam menjadi negara maju. Sehubungan dengan itu, dalam mengejar misi tersebut, tonggakyangmenyokong kepada perubahan sektor ekonomi yang berasaskan pengetahuan adalah amat diperlukandan salah satunya ialahpendidikan vokasional dan teknikal.Awal permulaan TVET di Malaysia adalah dengan penubuhan dua institusi TVET awam iaitu Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) di Selangor dan Institut Latihan Perindustrian (ILP)di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Oleh kerana perkembangan teknologi industri yang pesat, kini lebih daripada 500 institusi pendidikan TVET awam telah ditubuhkanoleh pihak Kerajaan di dalam memenuhi permintaan tersebut dengan penawaran pelbagai program di institusi TVET awam.Oleh itu, pendidikan TVET amat penting untuk diberi penekanan oleh semua pihak terutama masyarakat diluar sana. Stigma pendidikan TVET adalah pendidikan kelas kedua seharusnya dilenyapkan didalam pemikiran sesetengah masyarakat masa kini. Permintaan yang tinggi bagi pekerja yang mempunyai kepakaran tertentu pada era IR4.0 adalah bukti bahawa pendidikan TVET adalah penting bagi negara kitadalam memacu Malaysia kearah negara membangun.