KEKALKAN KEHIJAUAN BUMI KITA

Nilai Teras Keselamatan Negara 7

(Pembangunan Mampan -Pemuliharaan Alam Sekitar) 

Pemeliharaan  alam sekitar amat penting untuk mengekalkan kehijauan  bumi disamping mengelakkan cuaca panas dan kering yang berpanjangan. Selain itu juga hutan perlu dikekalkan untuk memberi keseimbangan ekosistem alam yang berfungsi mengurangkan kepanasan bumi dan sebagai pelindung sinaran ultraungu daripada terkena pada kulit manusia dan haiwan. Pemeliharaan ekosistem bumi amat penting bagi mengurangkkan kerosakan yang berlaku akibat sikap tidak bertanggjungjawab manusia yang memusnahkan alam sekitar dan kehijauan bumi atas nama pembangunan. 

Jika ekosistem hutan tidak dipelihara dengan baik, ia akan menjejaskan pertumbuhan flora sementara fauna pula akan kehilangan habitatnya. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan habitat hidupan darat dan air. Masyarakat  perlu menerima hakikat bahawa kita dan alam sekitar saling memerlukan antara satu sama lain untuk kehidupan seharian. 

Masyarakat perlu disedarkan bahawa tanpa kelangsungannya kita tidak akan dapat menjalani kehidupan dengan sempurna terutamanya dalam mendapatkan bekalan udara bersih.  Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia juga akan membantu menjamin sumber air yang merupakan keperluan utama manusia. Tanpa pemusnahan hutan secara rakus, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan.  

 Kemusnhan dan kehilangan hutan menyebabkan generasi akan datang tidak berpeluang lagi untuk menikmati keindahan antara benda biotik dan abiotik yang terbentuk secara semulajadi. Tidak mustahil generasi akan datang hanya dapat mengenalinya menerusi gambar ataupun catatan yang ditinggal oleh generasi terdahulu. Perlu ditekankan di sini, kita mesti bertanggungjawab mewariskan bumi yang selamat dihuni kepada generasi seterusnya.  

Pelaksanaan amalan teknologi hijau pada masa ini seperti mengurangkan penggunaan tenaga, penjimatan elektrik, mengurangkan penggunaan plastik adalah usaha berterusan kerajaan untuk mengekalkan keseimbangan dan keharmonian alam sekitar yang kita huni ini. Keseimbangan alam sekitar dan ekosistem memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup dan ianya mestilah selari dengan kemajuan negara serta kemakmuran yang dikecapi. 

Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab setiap pihak membantu kerajaan dalam usaha mengekalkan bumi hijau dengan mengamalkan beberapa langkah berikut :- 

  • Mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia yang merosakkan alam sekitar 
  • Menggunakan teknologi mesra alam bagi mengekalkan kelestarian alam semulajadi 
  • Pendidikan awal kepada kanak-kanak di peringkat sekolah 
  • Kempen yang berterusan untuk mendidik rakyat menjaga bumi  
  • Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab merosakkan alam sekitar  

 “Alam sekitar adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai kepada kesejahteraan hidup manusia. Allah SWT telah mencipta alam ini dengan amat sempurna dan seimbang untuk manfaat dan kemakmuran manusia sebagai penghuni di bumi ini.” 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …