APA ITU PHISHING ?

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA NO. 8 : KESELAMATAN RAKYAT (JENAYAH SIBER) 

 

Phishing adalah satu kaedah penipuan bagi mendapatkan maklumat peribadi seperti perbankan orang lain melalui laman web palsu yang menyerupai laman web asal. 

Kebanyakan mangsa phishing ini akan menerima SMS atau e-mel bersama pautan (link) ke laman web palsu bank atau syarikat. Helah yang digunakan oleh penipu atau scammer ini adalah bagi menakutkan mangsa dan menggertak mereka ataupun membuat mereka teruja. Apabila mangsa mulai merasa gusar dan takut atau teruja serta tamak, maka langkah pertama scammer telah berjaya. Scammer akan memaklumkan bahawa mangsa perlu mengemaskini akaun bank, mangsa perlu mengisi maklumat perbankan untuk tujuan siasatan, mangsa dimaklumkan memenangi hadiah atau mendapat bantuan kewangan dan mangsa dikehendaki memuat turun aplikasi (fail APK) bagi membuat pembayaran dengan tujuan mendapatkan perkhidmatan atau pembelian barang melalui talian online. Mangsa yang tidak sedar mereka sedang ditipu kemudiannya akan memasukkan ID pengguna dan kata laluan pada laman web palsu tersebut. Tanpa disedari, mereka telah mendedahkan  maklumat perbankan internet kepada scammer.  

Trend semasa phishing di antaranya pertama : kemaskini akaun bank di mana mangsa akan dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai pihak bank dan meminta nombor TAC, kedua : memenangi hadiah atau mendapat bantuan kewangan iaitu mangsa akan mendapat sms atau emel dan diminta memasukkan nombor pin akaun e-wallet dan ketiga : aplikasi telefon (app scam) di mana mangsa yang hendak mendapatkan sesuatu pekhidmatan atau membeli barang melalui online akan diminta memuat turun aplikasi File APK dan memasuki laman web perbankan palsu serta mendedahkan maklumat akaun bank atau kad kredit di dalam laman web palsu tersebut. 

Orang ramai diminta berwaspada dan elak ditipu dengan tidak menekan pautan (link) yang diterima dari nombor atau emel yang tidak dikenali, memastikan alamat laman web perbankan adalah betul, bookmark alamat laman web perbankan pada browser internet dan pastikan frasa / gambar keselamatan adalah betul sebelum memasukkan kata laluan. 

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut