𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗻𝗴𝗸𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗕𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗣𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗗𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗶𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗬𝗔𝗕 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿

JOHOR BAHRU, 11 APRIL 2023 – Program penyerahan bungkusan berupa kuih raya dan sumbangan wang tunai ini merupakan acara tahunan yang diadakan dalam bulan Ramadhan bagi menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dalam menghargai jasa dan pengorbanan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di Negeri Johor sempena menyambut kedatangan bulan Syawal.
Majlis penyerahan sumbangan bungkusan raya ini akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor dalam program Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Johor di Saujana, Johor Bahru bersekali dengan penyampaian sumbangan wang bantuan khas kepada anggota yang meninggal dunia, cedera, kurang upaya dan balu-balu anggota.
Pada majlis ini juga, para pegawai dan anggota PDRM dan ATM turut diraikan dengan majlis berbuka puasa bersama YAB Menteri Besar dan barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Johor. Selain majlis berbuka puasa dan sumbangan kepada petugas barisan hadapan, turut diadakan juga penyampaian zakat dan bantuan asnaf yang diurusetiakan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), penyerahan program bantuan amal jariah dan tabung waqaf Johor oleh Perbadanan Islam Johor dan solat tarawih secara berjemaah.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …