PERKUKUHKAN HUBUNGAN NEGERI DAN PUSAT DEMI PEMBANGUNAN SEIMBANG

Hubungan proaktif antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu diperkukuhkan demi mewajarkan hasrat pembangunan wilayah yang seimbang. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata hubungan kedua-dua ini telah terpahat dalam perlembagaan Persekutuan menerusi konsep muafakat kuasa Kerajaan Pusat dan negeri. Hubungan proaktif itu perlu diteruskan dalam mewujudkan pelbagai kerjasama demi kepentingan rakyat.

Kunjungan Perdana Menteri pada Majlis Berbuka Puasa Malaysia Madani petang 15 April yang lalu yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) jelas memberi gambaran kesungguhan semangat antara negeri dan Persekutuan.

Di samping, hubungan akrab antara Pusat dan negeri memberi gambaran bahawa suatu kerjasama mesti berlaku yang memerlukan libat urus. Pertemuan, perbincangan dan perkongsian maklumat mesti dilakukan atas semangat saling percaya mempercayai antara satu sama lain. teladan profesional kepimpinan negeri dan Persekutuan atas konsep ‘federalisme’ akan memberi pengharapan kepada seluruh rakyat.

Sumber gambar : Media MB Terengganu

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …