CUACA PANAS: JBPM NEGERI SEMBILAN TERIMA PENINGKATAN KES KEBAKARAN

SEREMBAN: Susulan cuaca panas yang melanda negara ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan turut menerima peningkatan kes kebakaran termasuk melibatkan api lalang sejak kebelakangan ini.

Pengarahnya, Abdul Khair Osman berkata, melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri, didapati panggilan kes kebakaran api lalang telah mencatatkan peningkatan.

“Sejak 12 April lalu, kami menerima sebanyak lima kes kebakaran melibatkan api lalang iaitu di daerah Port Dickson, Rembau, Jempol, Kuala Pilah dan Jelebu.

“Semua anggota kami di setiap balai telah diarahkan untuk sentiasa bersedia bagi memberikan tindakan awal bagi mengelakkan kebakaran lebih besar berlaku terutama di kawasan berisiko kebakaran.

“Ia termasuklah di kawasan tempat pembuangan sampah, tempat sisa bahan binaan, kawasan belukar atau kawasan hutan dan kawasan pertanian,” katanya hari ini.

Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar mengelakkan pembakaran terbuka terutamanya melibatkan kawasan hutan dan pertanian.

“Sekiranya ada berlaku kebakaran sila laporkan segera bagi supaya ia dapat dikawal dengan cepat,” katanya.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran tahap berjaga-jaga selepas suhu maksimum harian di Malaysia boleh mencecah 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Terdapat enam kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) termasuk di Jempol, Negeri Sembilan. –UTUSAN.

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …