RM500J WANG MENUNGGU DITUNTUT, AMANAHRAYA TURUN PADANG KESAN WARIS

SEREMBAN: Sebanyak lebih kurang RM500 juta dana tertangguh atau Wang Menunggu Dituntut (WMD) masih menunggu untuk diagihkan kepada waris-waris si mati yang berhak oleh Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) setakat ini.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan, pihaknya akan mula menggiatkan proses mengesan waris bahagian pusaka itu dengan kerjasama pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pemimpin masyarakat.

Setakat ini, Wang Menunggu Dituntut di AmanahRaya adalah sebanyak lebih kurang RM500 juta. Pihaknya akan bersama dengan 20 cawangan AmanahRaya di seluruh negara akan cuba mengesan dan menyediakan kaunter bergerak bagi mengesan waris-waris berkenaan.

Bermula bulan Mei ini, pihaknya menerusi Jabatan Pembangunan Perniagaan akan ke negeri-negeri untuk berjumpa dengan ketua-ketua kampung bagi tujuan mengesan dan menerangkan bagaimana cara waris ini boleh menuntut bahagian pusaka mereka ini.

Jika sebelum ini negara berhadapan Covid-19, kami tidak berpeluang mencari waris-waris ini namun selepas ini pihaknya akan turun mengesan sendiri waris tersebut dan memberi penerangan agar mereka menuntut bahagian mereka dan keperluan mereka (waris) untuk menuntut harta yang ditinggalkan itu.

Antara faktor berlakunya wang tersebut tidak dituntut dan diagihkan kepada penerima berhak adalah berlakunya perbalahan antara penerima bahagian pusaka serta kes membabitkan kematian berlapis.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

Pagi Lebih Tenang, Perjalanan Lebih Selamat: Adakah Konsep Slow Morning Praktikal?

Konsep “slow morning” semakin popular sebagai satu pendekatan untuk memulakan hari dengan lebih tenang dan teratur. Rutin ini lazimnya melibatkan …

Keselamatan Ergonomik di Tempat Kerja: Mencegah Sakit Leher dan Belakang

Keselamatan di tempat kerja bukan sahaja berkaitan dengan pencegahan kemalangan tetapi juga merangkumi penjagaan kesihatan fizikal pekerja. Salah satu masalah …

Adakah Dron sebagai Satu Ancaman?

Penggunaan dron semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan kini dimanfaatkan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, pemantauan, fotografi, penghantaran barangan …