MADINAH RAMADAN TERENGGANU TURUT DISERTAI GOLONGAN MAHASISWA

Seramai lebih 70 orang mahasiswa Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) terlibat dalam menjayakan program Street Dakwah sempena Madinah Ramadan meluahkan rasa kagum terhadap pengisian Madinah Ramadan sepanjang bulan puasa di Terengganu. Madinah Ramadan pada tahun ini menunjukkan kelainan dari pelbagai sudut khususnya tempat yang luas, strategik dan sesuai bagi semua lapisan masyarakat untuk berhimpun di sini.

Di samping itu, pelbagai kemudahan yang disediakan oleh penganjur seperti penghawa dingin di dalam khemah, tandas yang selesa dan letak kereta yang luas untuk pengunjung datang ke tempat program. Program Madinah itu perlu dilaksanakan dan diteruskan pada setiap tahun kerana ia merupakan medan terbaik untuk berdakwah.

Inisiatif itu juga merupakan akses terbaik bagi golongan belia, anak muda dan siswa untuk berhubung antara satu sama lain bagi menukar pendapat dan idea untuk menyebarkan dakwah di negeri ini. Ia bertujuan untuk berdakwah kepada orang awam sekali gus mengajak dan menerangkan kepada mereka tentang pengisian program yang ada di Madinah Ramadan ini.

Selain itu juga, penglibatan setiap lapisan umur dalam menjayakan Madinah Ramadan ini dapat melahirkan satu semangat perpaduan dan kerjasama yang kuat dalam masyarakat setempat ke arah membentuk negeri yang selamat, aman dan sejahtera.

Artikel/Berita Terkini

HATI-HATI! JANGAN KONGSI BAKI AKAUN KWSP ANDA KEPADA UMUM

Hati-hati! Jangan kongsi baki akaun KWSP anda kepada umum. Scammer sedang memerhati. Jangan jadi mangsa scammer! #KWSP …
Maklumat Lanjut

MONSUN BARAT DAYA DIJANGKA BERMULA 17 MEI 2024, BERTERUSAN HINGGA SEPTEMBER 2024

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September, menyebabkan kebanyakan tempat di …
Maklumat Lanjut

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN BILA TERJEBAK DALAM SKIM CEPAT KAYA

Langkah-langkah yang perlu dilakukan bila terjebak dalam skim cepat kaya adalah seperti berikut: 1. Keluar dari skim 2. Serahkan bukti …
Maklumat Lanjut