BUBUR LAMBUK RAMADAN : MKN TERENGGANU, RELA & KOMUNITI KAMPUNG

MKN Negeri Terengganu dengan kerjasama anggota RELA bersama dengan komuniti setempat di Kg. Gong Guchil, Jertih telah menjayakan program bubur lambuk.

Program ini telah diadakan pada 8 April 2022, Sabtu, yang bertempat di Balai RELA Kg. Gong Guchil. Sebanyak dua periuk besar bubur lambuk telah berjaya dihasilkan oleh anggota RELA dan masyarakat setempat melalui program anjuran MKN Terengganu dan telah diagih-agihkan kepada warga kampung serta pengguna jalan raya dikawasan  balai tersebut.

Pada masa yang sama juga, maklumat-maklumat berkaitan keselamatan turut disampaikan secara tidak langsung kepada komuniti setempat bagi memastikan masyarakat tahuy menjalankan tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatam di kampung terjamin.

 

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …