RAMADAN: JPJ KELUAR 3,548 NOTIS PELBAGAI KESALAHAN DI NEGERI SEMBILAN

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan 3,548 notis pelbagai kesalahan terhadap 1,847 daripada 7,789 kenderaan yang diperiksa sejak awal Ramadan hingga Khamis lepas.

Pengarahnya Hanif Yusabra Yusuf berkata kesalahan tertinggi direkodkan melibatkan kenderaan barangan dengan jumlah 1,372 diikuti motosikal sebanyak 1,083 dan kereta 852 notis.

Katanya turut tidak terkecuali menerima notis kesalahan adalah kenderaan perkhidmatan awam (KPA) dengan 45 notis.

“Pelbagai kesalahan KPA dikesan seperti tiada lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam (PSV), salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM), memotong barisan, penggunaan telefon bimbit semasa memandu, meletak kenderaan di tempat tidak dibenarkan dan pelbagai kesalahan teknikal lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu, kenderaan yang diambil tindakan ini antaranya melibatkan perlesenan kenderaan dengan 1,144 notis diikuti perlesenan memandu (974), kesalahan teknikal (498) dan lain-lain kesalahan 398 notis.

Katanya JPJ negeri tetap konsisten dan tegas sepanjang penguatkuasaan dan operasi tetap dilaksanakan sepanjang Ramadan ini seperti biasa.

Pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya lain.

Sumber: Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …