PAWANA RAMADAN: SEMPURNAKANLAH RUKUN SOLAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2: KESTABILAN SOSIO POLITIK

(Perlembagaan Persekutuan Malaysia)

Solat merupakan suatu ibadah dalam kehidupan setiap Muslim. Perintah untuk bersolat fardhu lima waktu dalam ketika dalam bermusafir atau bermukim ditetapkan sebagai Rukun Islam yang kedua. Firman Allah s.w.t., yang bermaksud:

“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku”- Surah Taha: 14.

Dari segi bahasa, ‘rukun’ bermakna dasar, tiang, asas atau syarat bagi sesuatu. Oleh itu, rukun solat merujuk kepada perkara-perkara yang tersusun dalam mengerjakan solat dan jika ia tidak dilakukan, maka solat yang dikerjakan adalah tidak akan lengkap, seterusnya tidak sah. Rukun solat ada 13 perkara yang terbahagi kepada tiga kategori seperti berikut:

Rukun Qauli: Rukun Qauli (bacaan) adalah rukun yang bacaannya wajib didengari oleh telinga sendiri.  Rukun Qauli solat terbahagi kepada lima, iaitu: 
  • Takbiratul ihram: Melafaz ‘Allahuakbar’ ketika memulakan solat.
  • Membaca Surah al Fatihah: Surah al-Fatihah wajib dibaca ketika berdiri pada setiap rakaat solat.
  • Membaca tasyahud/tahiyat akhir: Tahiyat adalah ucapan dan doa yang yang merangkumi pujian kepada Allah s.w.t. dan salam serta diakhiri dengan lafaz Syahadah.
  • Membaca selawat ke atas Rasulullah s.a.w.: Dilafazkan selepas melafazkan dua kalimah syahadah ketika duduk tahiyat akhir.
  • Memberi salam yang pertama: Salam sebagai penutup dalam mendirikan solat, iaitu cukup dengan melafazkan ‘Assalamualaikum’.

Rukun Qalbi: Rukun Qalbi (hati) adalah melibatkan rukun yang perlu dilakukan dalam hati, terbahagi kepada dua, iaitu:

  • Niat: Berniat dalam hati atau secara lintasan dalam ingatan untuk mendirikan solat. Contohnya, jika seseorang itu mahu menunaikan solat asar, maka mestilah berniat untuk bersolat asar, bukan solat yang lain.
  • Tertib: Mengerjakan rukun solat mengikut turutan, dengan tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului yang lebih awal. Hal ini terkecuali untuk rukun yang dilakukan serentak seperti  takbiratul ihram bersama niat, berdiri tegak bersama membaca al Fatihah dan duduk tahiyat akhir semasa membaca tahiyat, tasyahud dan selawat.

Rukun Fi’li: Rukun Fi’li (perbuatan) adalah rukun yang melibatkan pergerakan. Ada enam Rukun Fi’li, iaitu:

  • Berdiri tegak: Berdiri secara tegak, lurus serta mengadap kiblat penting bagi yang mampu. Sekiranya sakit atau cacat dan sebagainya bolehlah bersolat secara berbaring, terlentang, duduk, atau dengan menggunakan isyarat. Ianya bergantung kepada keadaan yang dikirakan sesuai.
  • Rukuk dengan tamakninah: Rukuk ialah keadaan meletakkan kedua tapak tangan ke lutut, sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°. Tamakninah pula adalah diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya. Tamakninah juga bermaksud ‘tenang’ iaitu, berhenti sekejap.
  • Iktidal: Iktidal ialah bangkit dari rukuk dan kembali berdiri tegak beserta dengan tamakninah. Kadar masa tamakninah tidaklah lama iaitu sekadar sekali sebutan tasbih sahaja.
  • Sujud dua kali dengan tamakninah: Sujud dilakukan dua kali untuk setiap rakaat. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi dari kepala. Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sunat jika meletakkan hidung ketika bersujud.
  • Duduk antara dua sujud dengan tamakninah: Duduk antara dua sujud adalah duduk sebentar selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua dalam setiap rakaat. Sujud ini juga mesti dilakukan dengan tamakninah. Duduk antara dua sujud adalah dalam keadaan kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas kedua-dua paha dengan hujung jari hampir dengan lutut.  Kemudian dibaringkan tapak kaki kiri dan duduk di atasnya. Tapak kaki kanan pula ditegakkan dengan anak-anak jari dihalakan ke arah kiblat.
  • Duduk tasyahud/tahiyat akhir: Duduk ketika ini sewaktu membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam. Tangan diletakkan di atas paha.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut