JUALAN RAHMAH CAPAI NILAI JUALAN RM52J SEJAK JANUARI

SEREMBAN: Sebanyak 3,233 program Jualan Rahmah menerusi Inisiatif Payung Rahmah telah dilaksanakan di seluruh negara sejak Januari lalu yang melibatkan nilai jualan mencecah RM52 juta.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, menerusi peruntukan RM100 juta yang telahpun diluluskan menerusi program berkenaan, lebih banyak program jualan akan diadakan sehingga hujung tahun di kesemua 222 buah kawasan Parlimen yang dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Program Jualan Rahmah sudah pun dilaksanakan di 118 buah Parlimen melibatkan 3,223 program Jualan. Sebelum Bajet 2023 diluluskan, ia adalah atas inisiatif pasar raya dan juga menggunakan bajet tahun lepas tetapi selepas ini dengan subsidi yang dapat ditawarkan, lebih banyak lagi program dapat dilakukan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jualan Rahmah Peringkat Negeri Sembilan di sebuah pasar raya di Sikamat di sini hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurut Fuziah, di peringkat Negeri Sembilan, sebanyak 11 buah pasar raya akan terlibat dalam program Jualan Rahmah berkenaan yang turut akan diadakan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Menerusi peruntukan tersebut, sebanyak RM125,000 akan diagihkan di setiap DUN bagi melaksanakan program ini bersama rakan strategik dan pasar raya terlibat sehingga hujung tahun ini dan keadaan ekonomi negara bertambah baik,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihak penguatkuasa KPDN akan sentiasa turun padang melakukan pemeriksaan dan pemantauan bagi mengelakkan terus berlakunya ketirisan dan penyelewengan minyak masak bersubsidi termasuk minyak masak peket.

Jelas Fuziah, diakui isu ketirisan dan penyelewengan merupakan penyebab berlakunya isu kekurangan bekalan minyak masak peket di pasaran.

“Bagi minyak masak peket bersubsidi, kami mengeluarkan 60 juta peket sebulan, itu kuota, sebenarnya daripada segi jumlah, ia mencukupi tetapi apabila berlaku ketirisan berlakulah keadaan orang ramai tidak jumpa (di pasaran).

“Penguat kuasa akan sentiasa turun padang malah menerusi Op Pantau, sebanyak 30,000 buah premis telah diperiksa sepanjang bulan Ramadan ini. Kami akan sentiasa memastikan tidak berlaku, semua perkara tidak diingini seperti ketirisan dan penyelewengan barang-barang kawalan ini,” katanya lagi.

Sumber-UTUSAN.

 

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut