PERTANIAN MELAKA PERLU SEJAJAR PERKEMBANGAN TEKNOLOGI – EXCO

AYER KEROH 6 April – Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh akan memastikan penghasilan sektor pertanian di Melaka sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

Beliau berkata, walaupun tanah pertanian di negeri ini terhad, namun dengan teknologi lebih canggih sudah tentu ia dapat menghasilkan pengeluaran pertanian yang lebih berganda.

“Kita sedia maklum tanah di Melaka sangat terhad, tetapi kita mahu menggunakan teknologi sedia ada yang sejajar dengan perkembangan terkini.

“Bercakap soal pertanian, kita nak pastikan ia milik semua rakyat di Melaka, maksudnya sama ada orang itu memiliki tanah atau tidak, mereka pun boleh bertani dengan teknologi yang ada,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, Dr. Muhamad Akmal turut bertekad memastikan infrastruktur di setiap kawasan luar bandar diberi perhatian.

Katanya, ia seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri mahu memastikan agenda kesejahteraan rakyat dicapai.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut