4,524 ORANG FAKIR DAN MISKIN DI NEGERI SEMBILAN TERIMA BKK, RM300

REMBAU, 6 April– Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) akan mengagihkan pemberian sumbangan tunai kepada golongan fakir dan miskin di seluruh daerah di Negeri Sembilan.
Seramai 4,524 orang fakir dan miskin akan menerima manfaat daripada Bantuan Khas Kewangan (BKK) ini dengan nilai sebanyak RM300 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR).

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) juga telah menyalurkan bantuan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada asnaf fakir dan RM500 kepada asnaf miskin menjadikan jumlah yang diterima oleh asnaf fakir ialah sebanyak RM1,000 manakala asnaf miskin sebanyak RM800.

Sumbangan kerajaan negeri pada hari ini sedikit sebanyak membantu tuan-tuan dan puan-puan menyediakan kelengkapan dan persiapan menyambut lebaran.

Beliau juga menyarankan semua penerima untuk merancang perbelanjaan dengan bijak agar mempunyai sedikit wang simpanan walaupun kita meraikan hari raya akan dating.

Sementara itu, rata-rata penerima yang ditemui menzahirkan rasa syukur kerana sumbangan tersebut dapat meringakan beban mereka dalam menyediakan persiapan hari raya.

Sumber: Berita RTM

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …