PAWANA RAMADAN: KENALI HADIS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2: KESTABILAN SOSIO POLITIK (Perlembagaan Persekutuan

Hadis menjadi sumber penting dalam Islam berdasarkan peranan dan pengaruh besar selepas al-Quran sejak zaman Rasulullah s.a.w. Ulama menetapkan hadis sebagai sumber hukum kedua selepas Al-Quran dalam Islam. Hadis berperanan sebagai penghurai dan penjelas kepada kandungan al-Quran, sama ada dengan memperincikan yang umum, menjelaskan yang kesamaran, mengkhususkan yang am dan menghadkan yang tiada hadnya. Contoh memperincikan yang umum ialah Rasulullah s.a.w. telah menerangkan bagaimana cara-cara sembahyang, zakat dan puasa (hukumnya datang secara umum tanpa menghurainya dengan lebih jelas).

Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinasikan hadis sebagai perbuatan atau kelakuan Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabatnya, Mohd Muhiden Abd. Rahman dalam artikel bertajuk ‘Al-Hadis: Kedudukan dan Peranannya dalam Islam’ yang diterbitkan dalam Jurnal Usuluddin keluaran Universiti Kebangsaan Malaysia mendefinasikan hadis sebagai apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. sama ada dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat sama ada sifat kejadian atau akhlaknya.

Umumnya, terdapat empat kategori hadis yang menentukan status penerimaan atau penolakannya sebagai hujah penetapan kepada sesuatu hukum dalam Islam iaitu Hadis Sahih, Hadis Hasan, Hadis Dhaif dan Hadis Maudhu.

  1. Hadis Sahih mengikut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ialah hadis yang mempunyai sanad yang bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit dan selamat dari syaz dan juga kecacatan. Secara ringkas, terdapat 5 syarat penetapan Hadis Sahih, iaitu:
  2. Sanad yang bersambung: Sanad (rangkaian perawi) sesebuah hadis itu perlulah bersambung dari awal sehingga ke akhir serta wujudnya pertemuan atau sezaman di antara perawi-perawi di dalam rangkaian sanad; dan tidak wujud penghalang di antara perawi daripada bertemu sama ada dari segi masa atau tempat.
  3. Adil: Sifat adil yang dimaksudkan ialah perawi-perawi Muslim, baligh dan berakal yang bertaqwa serta menjauhi perkara-perkara yang fasiq iaitu tidak melakukan dosa besar atau berterusan dalam melakukan dosa kecil serta menjaga maruahnya, dan bid’ah (definasi bid’ah dalam konteks sifat perawi perlu merujuk kepada tafsiran ahli hadis).
  4. Dhabit: Dhabit bermaksud orang yang kuat dan sempurna hafazannya, selamat daripada melakukan kesalahan dan berkemampuan untuk menghadirkan apa yang dihafalnya pada bila–bila masa yang dikehendaki. Dhabit terbahagi kepada dua iaitu Dhabit Shodri (hafalan) dan Dhabit Kitabi (tulisan). Dhabit Sodri merujuk kepada perawi yang menghafaz apa yang didengarnya dan mampu untuk memberitahu apa yang didengar atau dihafalnya pada bila-bila masa sahaja; manakala Dhabit Kitabi merujuk kepada perawi yang menjaga catatannya dari hilang, dicuri, diubah atau diseleweng bermula dari saat dia mencatatnya sehinggalah dia diminta untuk mengemukakan catatannya.
  • Tidak Syaz: Hadis atau riwayat tersebut tidak bertentangan dengan riwayat lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah daripadanya. Hadis syaz ialah hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah (boleh dipercayai) tetapi bertentangan dengan hadis atau riwayat lain yang lebih thiqah daripadanya.
  • Tidak ada ‘illah (kecacatan): Riwayat atau hadis selamat dari kecacatan iaitu sebarang kecacatan yang boleh menghalang sesebuah hadis itu dari mencapai darjat sahih seperti hadis yang terkandung di dalam sanadnya perawi yang fasiq atau pemalsu dan pendusta Hadis.
  • Hadis Hasan adalah hadis yang diketahui sumbernya dan dikenali perawi-perawinya atau hadis yang bersambung sanadnya oleh perawi yang adil tetapi kurang tahap hafalannya serta terselamat dari Syaz dan ‘illah.
  • Hadis Dhaif ialah hadis yang tidak memenuhi syarat penetapan Hadis Sahih atau Hadis Hasan.
  • Hadis Maudhu` bermaksud hadis palsu atau yang didustakan kepada Rasulullah s.a.w. baik mengenai ucapannya, perbuatannya mahupun perakuannya.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyimpulkan bahawa umat Islam wajib menerima dan beramal dengan Hadis Sahih berdasarkan ijma ahli ilmu. Hadis Sahih dan Hadis Hasan secara umumnya, boleh dijadikan hujah di sisi jumhur ulama. Bagi Hadis Dhaif, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cenderung terhadap keharusan beramal dengan Hadis Dhaif, tetapi dalam masa yang sama perlu diikat dengan syarat-syarat atau dhawabit (panduan-panduan) seperti yang dinyatakan oleh jumhur ulama.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut