LAMPU KETUPAT, KELIP-KELIP INDAHKAN KAWASAN MPHTJ

AYER KEROH – Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menghias lapan lokasi dalam kawasan pentadbirannya dengan lampu kelip-kelip dan berbentuk ketupat.

Yang Dipertu MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata kerja mengindahkan lokasi berkenaan membabitkan perbelanjaan berjumlah RM50,000.

Sapiah berkata antara lokasi berkenaan adalah pintu gerbang Ayer Keroh, jejantas Melaka Mall dan bawah jejambat persimpangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

 

LAMPU hiasan yang siap dipasang di kawasan MPHTJ.

 

“Pengindahan juga akan dilakukan di bulatan Seri Negeri, bulatan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), bulatan Malim, simpang Pekan Durian Tunggal dan simpang Bemban.

“Lampu hiasan di hadapan Zoo Melaka turut dipasang hasil sumbangan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Menurutnya kerja-kerja pemasangan lampu hiasan berkenaan dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan MPHTJ.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …