PAWANA RAMADAN: KENALI NAMA- NAMA AL QURAN AL KARIM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2:

KESTABILAN SOSIO POLITIK (Perlembagaan Persekutuan Malaysia)

Al-Quran adalah wahyu atau kita suci yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pedoman hidup bagi umat manusia. Kitab suci ini mengandungi 114 surah iaitu 86 surah Makiyyah dan 28 surah Madaniyyah. Ayat Makiyyah merujuk kepada ayat yang diturunkan di Makkah iaitu sebelum Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, manakala ayat Madaniyyah diturunkan di Madinah iaitu selepas Baginda s.a.w. berhijrah ke Madinah.

Muhammad Zaid, Mohamad Redha dan Shaharuddin dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor melalui artikel mereka bertajuk ‘Sejarah Penurunan Al Quran: Implikasi Terhadap Manusia’ dalam ‘Proceeding of The International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith’ menyatakan para cendekiawan Islam telah merumuskan bahawa terdapat dua peringkat penurunan al Quran, iaitu pertama, penurunan dari Luh Mahfuz ke Bait al Izzah dan kedua, penurunan dari Bait al Izzah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Penurunan dari Luh Mahfuz ke Bait al Izzah adalah secara penurunan tanpa ada kali kedua atau dengan kata lain dengan sekali gus. Manakala, penurunan dari Bait al Izzah atau langit dunia yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. pula adalah secara beransur-ansur melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s.

AlQuran mempunyai pelbagai nama. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-405 telah menyenaraikan beberapa nama utama al-Quran seperti berikut:

 

  • Al-Quran: Al-Quran merupakan kata terbitan Bahasa Arab yang bermaksud ‘menghimpunkan’. Umum mengetahui, bahawa al-Quran diturunkan secara berperingkat, dan apabila dikumpulkan kesemuanya maka ia dinamakan sebagai al-Quran. Firman Allah s.w.t., yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu)- Surah al Qiyamah: 17.

 

  • Al-Kitab: Al-Kitab dari segi bahasa bermaksud ‘himpunan’. Oleh itu, dinamakan al Kitab kerana dihimpunkan di dalamnya pelbagai ilmu, kisah dan pengkhabaran. Ini seperti mana Firman Allah s.w.t., yang bermaksud:
“Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat” – Surah al An’am: 155.

 

  • Al-Mushaf: Al-Mushaf berasal dari perkataan ‘ashaf’ yang bermaksud mengumpulkan al suhuf (lembaran). Imam al Razi di dalam tafsirnya menyatakan, yang dimaksudkan ayat di atas adalah hal kemuliaan al Quran dan menggambarkan al-Quran itu disimpan, iaitu disimpan dengan sempurna di dalam lebaran-lembaran yang terletak di Luh al-Mahfuz yang dimuliakan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t., yang bermaksud:
“(Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan” – Surah Abasa: 13.

 

  • Al-Nur: Nama selain bagi al-Quran iaitu al-Nur disebabkan ia menyingkap perkara kebenaran dan menerangkan perkara yang tidak jelas tentang halal dan haram serta memberi penjelasan yang tidak dapat dicapai oleh akal fikiran. Firman Allah s.w.t, yang bermaksud:
“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak)”- Surah al Nisa’: 174.

 

  • Al-Furqan: Imam al-Suyuti menyatakan dinamakan al-Furqan disebabkan al-Quran membezakan di antara perkara yang benar dan batil. Firman Allah s.w.t., yang bermaksud:
“Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam” -Surah al-Furqan: 1.

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut