PAWANA RAMADAN: RAMADAN, BULAN PENUH KEISTIMEWAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2: KESTABILAN SOSIO POLITIK

(Perlembagaan Persekutuan Malaysia)

PAWANA RAMADAN: RAMADAN, BULAN PENUH KEISTIMEWAAN

Ramadan merupakan bulan Islam yang kesembilan selepas bulan Syaaban dan terletak padanya kewajipan berpuasa ke atas seluruh umat Islam. Ia merupakan bulan yang ditunggu-tunggu berikutan terdapat ganjaran yang cukup istimewa kepada umat Islam. JAKIM dalam portal e-solat.gov.my dan beberapa artikel yang dipetik dari laman web kerajaan telah menyenaraikan beberapa gelaran nama bagi bulan Ramadan berdasarkan kepada kelebihan dan keistimewaannya, iaitu:

  • Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan):

Ramadan sering kali disebut di dalam al-Quran bersekali dengan keistimewaan dan kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadan, maka ia mendapat gelaran sebagai Penghulu sekalian bulan

Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa: “Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadan” – Hadis Riwayat al-Thabrani, Ibnu Khuzaimah & al-Baihaqi.

  • Syahrul Syiam:

Bulan Ramadan turut dikenali sebagai ‘Bulan Puasa’.Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah ayat 183, yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”.

  • Syahrul Quran:

Bulan Ramadan turut dikenali sebagai ‘Bulan Quran. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah ayat 185, yang bermaksud:

“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang batil”.

  • Syahrul Sabr:

Bulan Ramadan turut dikenali sebagai ‘Bulan Kesabaran’ kerana ibadah puasa dan ibadah sabar saling mempunyai hubungkait. Allah s.w.t. telah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang yang bersabar. FirmanNya dalam Surah Al-Zumar ayat 10, yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas”.

  • Syahrul Rahmah:

Bulan Ramadan turut dikenali sebagai ‘Bulan Kerahmatan’ berikutan rahmat yang diturunkan oleh Allah s.w.t dalam bulan Ramadhan boleh diterjemahkan melalui keampunan yang ditawarkan kepada orang beriman sebagaimana dalam hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Suatu ketika Nabi s.a.w. menaiki mimbar, Baginda s.a.w. bersabda: Amin, Amin, Amin. Baginda s.a.w.  ditanya: Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin, amin. Maka Rasulullah s.a.w.  bersabda: Sesungguhnya Jibril a.s. telah datang kepadaku, lalu Jibril berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah s.w.t. Katakanlah Amin (wahai Muhammad). Maka aku katakan: Amin”- Hadis Riwayat Ibnu Hibban.

  • Syahrul Magfirah:

Bulan Ramadan turut dikenali sebagai ‘Bulan Keampunan’ memandangkan berdoa dalam bulan Ramadan adalah mustajab, justeru orang yang beriman pasti akan menggunakan peluang yang diberi untuk memohon keampunan di atas dosa-dosa yang telah dilakukan. 

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu”. – Hadis Riwayat al-Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban dan al-Baihaqi.

  • Syahrul Najah:

Bulan Ramadan turut dikenali sebagai ‘Bulan Kemenangan’ kerana mengikut sejarah Islam, terdapat beberapa peperangan dan perjuangan jihad menentang musuh-musuh Islam yang dimenangi dalam bulan Ramadan seperti perang Badar al-Kubra, perang Ahzab, perang Hittin dan perang Ain Jalut

  • Syahrul Jud:

Bulan Ramadan turut dikenali sebagai ‘Bulan Murah Hati’. Nabi s.a.w. telah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud:

“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya” – Hadis Riwayat al-Tirmidzi.

  • Syahrul Barakah:

Bulan Ramadan turut dikenali sebagai ‘Bulan Keberkatan.’ Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan (dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu neraka, dibelenggu Syaitan (supaya tidak mengganggu umat Muhammad s.a.w. dari melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya” -Hadis Riwayat al- Nasai’e.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut