1,065 GURU JADI MANGSA SCAMMER

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah mengeluarkan satu statistik yang menyatakan lebih 1,065 orang guru telah menjadi mangsa penipuan dalam talian atau scammer pada tahun 2022.

Jumlah kerugian yang dicatatkan melebihi RM31,684,149.00 dan purata kerugian seorang sebanyak RM29,750.00. Angka tersebut bukanlah satu angka yang kecil dan kebanyakan kes penipuan dalam talian ini tidak membolehkan mangsa mendapatkan semula wang tersebut.

Berdasarkan statistik itu juga, dianggarkan tahun lepas seramai tiga (3) orang guru akan terjerat dengan modus operandi atau kelicikan scammer dalam masa sehari. Aktiviti-aktiviti kesedaran mengenai modus operandi atau ciri-ciri penipuan dalam talian ini perlu dipergiatkan lagi memandangkan masih ramai lagi mangsa yang bukan sahaja terdiri daripada golongan marhaen, malahan, ada juga mangsa dari golongan profesional turut terjerat.

Pelbagai jenis sindiket penipuan scammer yang kini bergerak aktif untuk menjerat mangsa. Antara jenis penipuan dalam talian adalah Macau Scam, Scam Cinta, Scam Kerja, Scam Pinjaman Online dan Scam Parcel.

Sentiasa berwaspada dan ambil tahu tentang modus operandi terbaharu sindiket penipuan. Jangan jadikan diri anda sebahagian dari mangsa mereka!

Klik pautan untuk sumber berita:
http://shorturl.at/oyUY1

Macau Scam
Keratan akhbar: Guru rugi RM277,000 ditipu Macau Scam

 

Macau Scam
Keratan Akhbar: Guru rugi RM7.3 juta angkara Macau Scam

Artikel/Berita Terkini

Pagi Lebih Tenang, Perjalanan Lebih Selamat: Adakah Konsep Slow Morning Praktikal?

Konsep “slow morning” semakin popular sebagai satu pendekatan untuk memulakan hari dengan lebih tenang dan teratur. Rutin ini lazimnya melibatkan …

Keselamatan Ergonomik di Tempat Kerja: Mencegah Sakit Leher dan Belakang

Keselamatan di tempat kerja bukan sahaja berkaitan dengan pencegahan kemalangan tetapi juga merangkumi penjagaan kesihatan fizikal pekerja. Salah satu masalah …

Adakah Dron sebagai Satu Ancaman?

Penggunaan dron semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan kini dimanfaatkan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, pemantauan, fotografi, penghantaran barangan …