KEMPEN MY SAVE FOOD @ RAMADAN 2023 & VALUE FOOD NO WASTE

SWCorp Cawangan Nilai, Negeri Sembilan dengan kerjasama Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia akan melaksanakan Program MySaveFood @ Ramadan 2023. Program ini adalah satu inisiatif mengurangkan pembaziran makanan di tapak Bazar Ramadan yang mana lebihan makanan yang tidak berjaya dijual oleh peniaga bazar diselamatkan dan diberikan kepada pihak yang memerlukan. Program ini akan dilaksanakan selama 10 hari bermula 27 Mac 2023 hingga 6 April 2023 dan akan dilaksanakan oleh sukarelawan di Bazar Ramadan sekitar daerah Nilai.

Pada hari ini, promosi serta penerangan telah dibuat kepada semua peniaga bazar Ramadan mengenai kempen MySaveFood & Ramadan yang akan bermula esok. Sukarelawan akan mengumpulkan lebihan makanan yang tidak habis dijual dan akan diagihkan kepada kumpulan sasaran yang telah ditetapkan serta jumlah makanan yang diperoleh akan direkodkan.

Sumber: SWCorp Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PDN Pulau …