JENAYAH PENIPUAN : “LOVE SCAM”

Seorang wanita di Kuala Terengganu yang juga kakitangan sebuah institut pengajian tinggi berputih mata selepas mendakwa menanggung kerugian sebanyak RM500,000 akibat diperdaya kekasih maya yang dikenalinya menerusi laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, mangsa dikatakan mula berkenalan dengan seorang lelaki dipercayai warga asing melalui laman sesawang mencari jodoh pada Julai 2020. Mangsa memaklumkan suspek sering meminta wang daripadanya dengan memberi pelbagai alasan sejak mereka berkenalan. Sebanyak 22 transaksi wang ke beberapa akaun yang diberikan suspek membabitkan pindahan berjumlah RM500,000 bermula pada tahun 2020 hingga 2023.

Mangsa mengatakan dia memberikan semua wangnya termasuk wang simpanan dan wang pinjaman peribadi kepada suspek kerana rasa percaya dan sayang memandangkan sudah lama berkenalan. Selain itu, mangsa yang mempercayai suspek turut akur dengan arahan kekasihnya yang memintanya membuang segala bukti resit pemindahan wang ke akaun yang diarahkan selama ini. Mangsa hanya menyedarinya diperdaya selepas rakan sekerjanya memaklumkan lelaki terbabit yang juga kekasih hatinya bukan individu yang berhubung dengannya selama ini.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah ‘scammer’ yang memperdaya ramai mangsa. Berikut merupakan nasihat PDRM:

1. Sentiasa berwaspada apabila berkenalan dengan kawan dalam dunia maya.

2. Jangan memberikan sebarang informasi berkaitan maklumat peribadi atau kewangan anda kepada kawan dalam dunia maya.

3. Segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada pihak yang cuba memeras ugut wang dari anda melalui internet.

Artikel/Berita Terkini

LEMBU BERKELIARAN, PBT LAKSANA TANGKAPAN SECARA AGRESIF

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan raya …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

RANTAU PANJANG 08 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada PDRM Balai Polis Jeram Perdah …
Maklumat Lanjut