Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah 🤲🤲
Syukur Alhamdulillah diatas izin Allah SWT, Negeri Johor telahpun pulih daripada musibah banjir. Semua PPS telah ditutup.
Semasa pertemuan dengan Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Johor, Encik Azren Khalil, beliau telah maklumankan bahawa pihak JPS telah menggerakkan 74 buah pam air untuk kegunaan mengepam air termenung di seluruh daerah di Negeri Johor, termasuk 54 buah pam air tambahan daripada bantuan negeri-negeri lain.
Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga JPS Negeri Johor, atas usaha berterusan dalam menangani musibah banjir ini.
InsyaAllah, Kerajaan Negeri dengan bantuan Kerajaan Persekutuan akan terus memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat dalam tempoh pasca banjir, terutamanya menyalurkan bantuan-bantuan yang telah diumumkan sebelum ini.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
May be an image of map and text that says "SEGAMAT TANGKAK MUAR MERSING KLUANG BATU PAHAT KOTA TINGGI BATU PAHAT (BANJIR) PPS:0 KELUARGA: 0 PENDUDUK:0 KULAI PON PONTIAN IAN JOHOR BAHRU"
May be an image of 3 people, people standing and indoor

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …