KESELAMATAN KESIHATAN KOMUNITI BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

“Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”

Pada 19 Mac 2023, satu program bersifat “outdoor” yang melibatkan peserta dari rumah anak-anak yatim Pulau Pinang dan NGO telah diadakan bertempat di Taman Metropolitian Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Relau, Bayan Lepas.

Aktiviti senamrobik dimulakan seawal 8 pagi selama 45 minit. Selepas itu, anak-anak yatim juga telah dibawa menyelusuri keindahan alam semulajadi menerusi “nature walk” sejauh 3.1km yang terdapat di taman ini.  Menerusi aktiviti ini, MKNPP cuba mendidik generasi muda untuk mendisiplinkan diri menjaga kesihatan diri  agar dapat menghindari penyakit dan masalah kesihatan bagi memastikan kualiti kehidupan terjaga.

Selain itu, anak – anak diisi  minda mereka  agar sentiasa bersama memelihara  ekosistem hutan  bagi mengelak terjejasnya  pertumbuhan flora manakala fauna pula akan kehilangan habitatnya. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan habitat hidupan darat dan air. Menerusi sesi penerangan, anak-anak dididik  bahawa kita dan alam sekitar saling memerlukan antara satu sama lain untuk kehidupan seharian.

Peserta-peserta  jelas teruja dan pelbagai soalan diajukan kepada tim Urusetia MKNPP. Melihat emosi mereka yang begitu teruja, anak-anak ini harus terus diasuh agar menjadi pewaris “planet” ini yang menitikberatkan kehijauan bumi kerana tanpa kelangsungannya kita tidak akan dapat menjalani kehidupan dengan sempurna terutamanya dalam mendapatkan bekalan udara dan air bersih.

Pendidikan awal menjaga bumi amat penting diterapkan kepada kanak-kanak di peringkat sekolah selari  dengan Dasar Keselamatan Negara (DKN 2021-2025) di bawah Nilai Teras Keselamatan Negara 7 (Pembangunan Mampan -Pemuliharaan Alam Sekitar)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …