194,333 PELAJAR MULA SESI PERSEKOLAHAN DI NEGERI SEMBILAN

JELEBU: Seramai 194,333 orang pelajar dari 479 buah sekolah rendah dan menengah mendaftar bagi mengikuti sesi akademik 2023-2024 di Negeri Sembilan.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Dr. Roslan Hussin, ia melibatkan 162 buah sekolah di daerah Seremban, 67 sekolah di Jempol, Port Dickson (63), Kuala Pilah (63), Tampin (51), Rembau (41) dan Jelebu (32).

Beliau melihat semangat pelajar amat tinggi walaupun pada minggu pertama ini mereka tidak memulakan pembelajaran namun guru-guru tetap menyediakan bahan informatif proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sepanjang minggu ini.

Sementara itu, SK Undang Abdullah menjadi perintis bagi pelaksanaan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) di negeri ini iaitu menyediakan peluang pendidikan pada peringkat rendah dan menengah rendah di sebuah sekolah yang sama bagi tempoh sembilan tahun iaitu dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 3.

Sekolah ini dipilih menjadi sekolah rintis selepas kami melihat jarak sekolah dari tempat tinggal menjadi faktor penyebab mereka (murid dan pelajar) termasuk orang Asli yang sukar untuk ke sekolah. \

Ada pelajar yang tinggal di Kampung Orang Asli Tohor, Jeram Lesung yang mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk ke sekolah. Beliau berharap mereka dapat menggunakan peluang ini sekali gus menangani masalah keciciran pelajar dalam kalangan Orang Asli terutama di Jelebu.

 

Sumber:Utusan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut