MAJLIS PERLANCARAN IHYA RAMADAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2023

Negeri Terengganu telah melancarkan program Ihya Ramadan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1444H bersamaan 2023M pada 16 Mac 2023 yang lalu. Perlancaran ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Pelbagai program telah dirangka Kerajaan Negeri sebagai wadah kepada umat Islam menghidupkan bulan Ramadan ini dengan amal ibadah. Bertemakan “Ramadan Menjana Ummah Sejahtera”, satu jawatankuasa induk Program Ihya Ramadan Peringkat Negeri Terengganu juga dibentuk bagi memastikan seluruh program yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Sebagai insentif dan suntikan semangat dalam menjayakan program tersebut juga, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 944,200.00 kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu yang disalurkan melalui Pejabat Agama Daerah untuk diagihkan kepada semua masjid dan surau-surau terpilih.
Kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.014 juta untuk pengurusan Jawatankuasa Masjid bagi seluruh Terengganu.
Semoga jawatankuasa masjid dan surau dapat memanfaatkan peruntukan yang disalurkan ini untuk menjalankan pelbagai aktiviti pengimarahan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa sepanjang Ramadan.
sumber foto: Media MBTerengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …