NEGERI TERENGGANU SUMBANGKAN RM1.3 JUTA DALAM MISI KEMANUSIAAN TURKIYE & SYRIA

Majlis Penyerahan Dana Tabung For Turkiye sempena Misi Kemanusiaan Turkiye dan Syria 2023.
Tabung ini telah dilancarkan pada 17 Januari lalu sebagai solidariti buat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria. Hari ini sebanyak RM 588,067 telah diserahkan hasil sumbangan daripada jabatan, agensi, GLC dan NGO di Terengganu. Melalui PASRelief pula, sebanyak RM 745,650 telah dikumpulkan menjadikan jumlah keseluruhan kutipan lebih daripada RM 1.3 juta melepasi target yang  ditetapkan.

Delegasi Kerajaan negeri bertolak ke Turkiye pada 17 Mac 2023 (Jumaat) lalu bagi menyampaikan sumbangan lebih RM1.3 juta kepada mangsa gempa bumi di negara terbabit dan Syria. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kutipan melalui Tabung Terengganu For Turkiye itu amat bermakna sebagai solidariti kerajaan terhadap nasib yang menimpa rakyat di dua buah negara tersebut.

Sumbangan yang akan disampaikan berupa pek makanan sebagai persediaan menyambut Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, menyediakan dapur rakyat serta yang paling utama sekali akan menyumbangkan kontena bagi dijadikan rumah tumpangan sementara kepada mangsa gempa bumi di sana.

Sumbangan Terengganu kepada Turkiye dan Syria  amat dipuji, dan ia menunjukkan intipati kemanusiaan dalam masa kesusahan. Perbuatan mulia sebegini mungkin kelihatan tersendiri kerana bantuan yang ditawarkan dianggap kecil tetapi membayangkan lebih daripada itu. Sokongan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh sebuah negeri di hemisfera yang berbeza, tanpa ragu-ragu, adalah luar biasa. Lebih-lebih lagi, Terengganu, sebagai salah satu negeri di Malaysia, telah memberikan contoh yang kukuh tentang belas kasihan, kemurahan hati, dan solidariti bagi negara-negara yang ditimpa bencana.

Sumber foto: Media MB Terengganu.

 

Artikel/Berita Terkini

ADIWIRA DIGITAL MALAYSIA: LANGKAH PEMBUDAYAAN PEMIKIRAN DIGITAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT Adiwira Digital Malaysia merupakan salah satu inisiatif MKN …
Maklumat Lanjut

KUNJUNGAN HORMAT: WAKIL PETRONAS WILAYAH UTARA KE ATAS PENGARAH KESELAMATAN NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Satu kunjungan hormat oleh wakil PETRONAS …
Maklumat Lanjut

KUNJUNGAN HORMAT: MKN NEGERI PULAU PINANG KE ATAS JBS NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Pengarah Keselamatan Negeri Pulau Pinang, Encik …
Maklumat Lanjut