TUN ALI RASMI MAJLIS KONVOKESYEN KAQSA

BANDA HILIR – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam hadir merasmikan Majlis Konvokesyen Ke-10 Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) di sebuah hotel di sini. Pada majlis konvokesyen itu, Tun Mohd Ali menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada 48 pelajar kolej terbabit.

Daripada jumlah itu, seramai lima pelajar menerima empat anugerah tertinggi KAQSA iaitu Anugerah Sayyidina Ali (Tokoh Huffaz); Anugerah Asy-Syatibi (Syu’bah Qiraat), Anugerah Al-Qaradawi (Syu’bah Pengurusan Halal) dan Anugerah Penulisan Al-Quran (Tahriri) Terbaik.

Manakala seramai 43 pelajar menerima Anugerah Kecemerlangan Khatam Hafazan 30 Juzuk Al-Quran, Anugerah Muaz Bin Jabal (Khatam dalam tempoh setahun pengajian) dan Anugerah Anas Bin Malik (khatam dalam tempoh dua tahun pengajian).

Hadir sama, Penasihat KAQSA merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud; Pengerusi KAQSA merangkap Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat dan Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Terdahulu, Mohd Ali menyempurnakan lafaz perasmian selepas ucapan Ketua Menteri yang dibaca oleh Md Rawi dalam majlis tersebut.

 

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …