PENIAGA MAKANAN DIINGATKAN JAGA KEBERSIHAN PREMIS – MPJ

JASIN – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengingatkan kesemua peniaga makanan di daerah Jasin agar sentiasa menjaga kebersihan premis dan kawasan sekitar mereka.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi MPJ, arahan itu selaras dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam lesen perniagaan mereka (peniaga) apabila menjalankan perniagaan makanan.

“Jabatan Kawalan Perniagaan MPJ giat menjalankan rutin pemantauan dan penggredan premis makanan sekitar Jasin, ini antara usaha MPJ bagi memastikan kesediaan para peniaga untuk menerima kunjungan pelancong menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 kelak.

“Justeru itu, peniaga diingatkan agar mematuhi kebersihan dan kesihatan diri, kebersihan peralatan yang digunakan serta pemakaian yang kemas semasa pengendalian makanan.

“Selain mengutamakan kebersihan premis dan kawasan sekitar serta mematuhi syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan oleh pihak majlis,” kata kenyataan itu.

Terdahulu Jabatan Kawalan Perniagaan MPJ telah melakukan pemantauan menerusi Operasi Pemantauan dan Pengredan Premis Makanan Sekitar Daerah Jasin, semalam.

Dalam operasi itu sebanyak satu notis pemberitahuan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen telah dikeluarkan kepada peniaga makanan.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …