PERHUBUNGAN STRATEGIK: KUNJUNGAN HORMAT PKN NEGERI TERENGGANU KEPADA KETUA POLIS NEGERI TERENGGANU

YBrs. Puan Wan Suhaini binti Wan Mohamad Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu telah mengadakan kunjung hormat ke atas YDH DCP Dato’ Rohaimi bin Md Isa Ketua Polis Terengganu. Turut hadir bersama adalah DSP Mohd Shahrizan bin Abdullah, Penolong Pengarah (Polis) di MKN Negeri Terengganu dan Puan Nurul laila binti Suhaimi, Penolong pengarah MKN Negeri Terengganu. Turut sama adalah Ketua Cawangan Khas IPK Terengganu ACP Mohd Fauzi bin Abd Rahman dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Terengganu ACP Noor Halim bin Nordin, pada 6 Mac 2023.

Kunjungan hormat ini telah membolehkan banyak perkara yang menyentuh mengenai Keselamatan Negeri dan Ketenteraman Awam di Terengganu dapat dibincang secara lebih dekat. Selain itu, Pertemuan ini juga turut membincangkan mengenai perancangan program melibatkan agensi keselamatan negeri Terengganu bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa dilindungi dan terus terpelihara.

Terima kasih YDH Dato’ Ketua Polis Terengganu atas kesudian menerima kunjungan hormat dari pihak MKN Terengganu dan moga jalinan kerjasama yang lebih mantap dapat diperkukuhkan Demi Negara Malaysia tercinta.

 

𝓛𝓲𝓴𝓮, 𝓯𝓸𝓵𝓵𝓸𝔀 𝓷 𝓼𝓱𝓪𝓻𝓮 𝓟𝓪𝓰𝓮 𝓜𝓚𝓝 𝓣𝓻𝓰

Facebook: https://www.facebook.com/MKNTerengganu

Twitter: https://twitter.com/MKNTerengganu

Tiktok: https://www.tiktok.com/@mknterengganurasmi?lang=en

Instagram: https://www.instagram.com/mkn_terengganu/

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …