PERWAKILAN KUASA PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA DITAMBAH

Menteri Pertahanan bersetuju untuk wakil kuasa bagi menyempurnakan pemakaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) ditambah bagi mempercepatkan penganugerahan pingat tersebut kepada baki 45,000 veteran tentera yang belum menerimanya.

Menurut Datuk Seri Mohamad Hasan, selepas wakil kuasa tersebut diberikan kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Ketua-ketua Perkhidmatan ATM, beliau semalam memutuskan untuk Panglima Medan Tentera Darat Malaysia dan Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panglima Wilayah Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia dan setaraf turut diberikan kuasa yang sama.

Terdapat lebih 40,000 veteran yang masih menunggu, kalau diikutkan, jika tidak di tambah (wakil kuasa) sehingga tahun 2049 baru habis jadi ia perlu dipercepatkan kerana ramai yang masih belum menerimanya.

Pihaknya cuba untuk membuat secepat mungkin majlis-majlis penganugerahan dengan penambahan bilangan wakil kuasa selain masa menunggu itu dapat dikurangkan tempohnya. Namun begitu ia tidak boleh diturunkan (kuasa) di peringkat terlalu bawah memandangkan ia merupakan anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong dan statusnya perlu dijaga.

Mohamad sebelum itu telah ย menyempurnakan Majlis Penganugerahan PJM kepada seramai 450 orang veteran ATM, balu serta wakil waris yang diadakan di Wisma Perwira, Pangkalan Udara Sendayan. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐— ๐—จ๐—”๐—ง๐—”๐—ก

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut