KARNIVAL KERJAYA MELAKA TAWAR 5,000 PELUANG PEKERJAAN

AYER KEROH – Sebanyak 5,000 peluang pekerjaan termasuk kira-kira 10 peratus daripadanya terbuka kepada golongan orang kurang upaya (OKU) ditawarkan pada Karnival Kerjaya Myfuturejobs Negeri Melaka Careertrans 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Ngwe Hee Sem berkata, karnival berkenaan diadakan pada 11 dan 12 Mac ini melibatkan 25 majikan daripada pelbagai sektor dan industri.

“Berikutan kejayaan karnival ini pada tahun lalu yang merekodkan lebih 6,000 kehadiran pencari kerja, kita teruskan lagi pada tahun ini. Tahun lalu juga sebanyak 1,200 pencari kerja mendapat pekerjaan serta-merta selepas ditemuduga pada karnival itu, manakala seramai 3,000 pencari kerja pula menjalani temu duga untuk kali kedua. Sasaran kita untuk kali ini lebih besar, kita juga sediakan 10 peratus peluang pekerjaan untuk golongan OKU pada kali ini, jangan lepaskan peluang kerana setiap majikan ada sertakan pekerjaan untuk OKU juga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Karnival Kerjaya Myfuturejobs Negeri Melaka Careertrans 2023 di MITC bemula 11 dan 12 Mac ini di sini, hari ini.

Sementara itu, Abd Razak berharap lebih 5,800 pekerja e-hailing di negeri ini berdaftar dengan PERKESO untuk mendapakan caruman sebagai perlindungan kepada diri mereka. “Pekerja e-hailing yang berdaftar di negeri Melaka ada seramai 3,800 orang, kita harapkan semua pekerja e-hailing sama ada ‘rider’ (penunggang) atau pemandu teksi mencarum.”

“Di Melaka pekerja e-haliling dalam 5,800 orang, daripada jumlah ini masih ada lagi yang belum daftar dan mencarum dengan kita, saya nasihatkan mereka datang pejabat PERKESO untuk membuat caruman,” katanya.

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut