BANJIR: MANGSA DI ALOR GAJAH MENINGKAT

MELAKA – Mangsa banjir di Melaka secara keseluruhan menurun setakat jam 12 tengah hari tadi, lapor Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka. Bagaimanapun, jumlah mangsa di Alor Gajah meningkat kepada lapan orang berbanding empat orang pagi tadi.

Ia susulan terdapat pertambahan kawasan terjejas di daerah berkenaan dengan pertambahan dua lagi lokasi dinaiki air iaitu Kampung Panchur, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau, selain Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Kampung Gadek yang dilaporkan awal tadi.

“Kesemua lapan mangsa membabitkan tiga keluarga di daerah Alor Gajah kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Bukit Tambun yang dibuka 4.30 petang semalam,” kata kenyataan itu.

Penguatkuasa MPAG turut membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS.

Sekretariat berkenaan turut memaklumkan, bilangan mangsa di daerah Jasin kini menurun dengan hanya 41 ditempatkan di PPS berbanding 63 pagi tadi. Jumlah itu disebabkan jumlah mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan menurun kepada hanya tiga mangsa ekoran banjir mulai surut. Bagaimanapun jumlah mangsa di PPS SK Chohong meningkat kepada 38 orang berbanding 31 pagi tadi. Setakat ini kawasan terjejas banjir di Jasin masih kekal empat iaitu Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang, Kampung Bukit Asahan dan Kampung Chohong.

 

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …