KPDN KELANTAN RAMPAS 1450 LITER MINYAK DIESEL DAN DUA BUAH KENDERAAN DISYAKI TERLIBAT ISU PENYELUDUPAN

BACHOK 28 Feb : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan berjaya merampas kira-kira 1450 liter minyak diesel yang dibawa tanpa kebenaran dalam sebuah kereta di kawasan Kg. Baru Hujung Repek, Bachok, Kelantan.
Pemeriksaan ke atas kereta dalam keadaan mencurigakan itu oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan kerjasama bersepadu bersama PDRM IPD Bachok melalui Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Terdahulu hasil maklumat risikan, pasukan mengesan pergerakan serentak dua buah kenderaan dari Tok Bali, Pasir Putih menuju Tumpat, Kelantan dalam keadaan mencurigakan membawa muatan barang kawalan tersebut.
Pasukan telah mengekori kenderaan tersebut dan membuat pemeriksaan lanjut menemui muatan minyak diesel dalam beberapa tong jerikin sebanyak 1450 liter didalam didalam kereta yang disyaki tersebut.
Sitaan terhadap barang kawalan tersebut dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 3117.50 dan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback dan sebuah Proton Saga Aeroback berpendaftaran tempatan dengan nilai rampasan sebanyak RM 13,000.00
Kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dua saspek turut ditahan bersama merupakan warga tempatan berumur 20an.
Sumber: Facebook KPDN KELANTAN.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …