JPJ NEGERI SEMBILAN TAHAN PEMANDU KERETA SAPU

Seramai tiga orang pemandu kenderaan persendirian telah ditahan dan diambil tindakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dalam operasi penguatkuasaan khas ke atas kereta sapu (ulat) yang membawa penumpang tanpa lesen yang sah, semalam.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, operasi berkenaan telah dijalankan di Jeti Penumpang Port Dickson, Jabatan Laut Malaysia di sini dengan melibatkan 20 orang anggota penguatkuasa JPJ. Operasi ini dilaksanakan bertujuan untuk mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu kereta sapu yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Peraturan menurut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 iaitu mana-mana orang, tanpa kuasa yang sah, memujuk atau mendesak bagi maksud menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan menerima sewa atau upah untuk membawa penumpang.Ketiga-tiga pemandu ini akan didakwa atas kesalahan berkenaan hari ini di Mahkamah Majistret Port Dickson dan diambil tindakan kerana melakukan kesalahan menurut peruntukan seksyen berkenaan.

Sementara itu, Hanif Yusabra menasihatkan rang ramai yang ingin menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak ke satu-satu destinasi untuk menggunakan perkhidmatan kereta sewa atau mana-mana pengangkutan awam yang mempunyai lesen yang sah bagi memastikan perjalanan lancar dan selamat.Pada masa yang sama, JPJ akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan berterusan untuk membendung aktiviti kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen yang sah.

 

sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …