Pemeriksaan Penilaian Sasaran Penting baru ke atas
aset pelantar minyak dan gas yang
dikendalikan oleh ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. (EMEPMI) yang berada di perairan Terengganu. Pemeriksaan dijalankan pada 19 dan 22 Februari 2023 yang lalu disertai oleh warga JKPKSP Terengganu iaitu Pejabat CGSO Terengganu, Polis DiRaja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Turut serta adalah YBrs Encik Mohd Saiful Hisham bin Md Salleh, Pengarah Bahagian SPKLTL Ibu pejabat CGSO . EMEPMI diwakili oleh YBrs Lt. Kol (B) Tuan Abdul Basit bin Abdul Rahman, Global Security Advisor dan juga YBrs Tuan Mohamed Faizal bin Eusof Izzudin, Emergency Response & Security Lead.

Pemeriksaan penilaian ini adalah bagi menilai kepentingan keselamatan fizikal ke atas semua asset operasi EMEPMI dilindungi dari segi perundangan dan juga keselamatan perlindungan dan juga personel.


