MoU DUA AKADEMI TERNAMA, MiCost TINGKAT KEBOLEHPASARAN PELAJAR

BANDARAYA MELAKA – Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dua akademi ternama dalam usaha menambah baik program pengajian yang ditawarkan.

Kerjasama itu membabitkan Felcra Education Services Sdn. Bhd. (FESSB) dan TODAK Academy Sdn. Bhd.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata sebagai kolej swasta milik Kerajaan Negeri MoU itu mampu membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan MiCoST.

“Dengan adanya kerjasama melibatkan akademi seperti FELCRA dan TODAK ini, anak-anak Melaka boleh mengambil peluang untuk ceburi bidang yang ditawarkan. TODAK Academy seperti kita tahu antara yang aktif dalam bidang ‘animation’ (animasi) dan ‘gamers world’ ini semakin besar, setakat ini difahamkan ada seramai 3.6 bilion ‘players’ seluruh dunia.

“Jadi saya rasa dengan termeterainya MoU hari ini, ia mampu meningkatkan lagi kebolehpasaran dan jati diri pelajar untuk mendepani cabaran masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani MoU Antara FESSB & Todak Academy bersama YM Mediscience Sdn. Bhd./MiCoST di Bilik Kolaboratif MiCoST, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MiCoST, Datuk Mohamad Azmi Sabtu; Pengurus Besar FESSB, Datuk Hazrinor Hisham Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif TODAK Academy Sdn Bhd, Mohamad Taufik Rizal Aminuddin.

Untuk rekod setakat ini MiCoST mempunyai seramai 885 pelajar, manakala seramai 3,124 pelajar direkodkan telah bergraduasi daripada tahun 2015 sehingga 2022.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …