Tujuh (7) tan metrik sampah dikutip di pesisiran pantai Kuala Perlis

Lebih tujuh (7) tan metrik sampah dikutip di sepanjang pesisiran pantai Kuala Perlis sepanjang tahun 2022. Data tersebut adalah hasil daripada aktiviti kutipan sampah para sukarelawan  pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Trash Hero Perlis di sepanjang 13 kilometer persisiran pantai negeri ini.

Kebanyakan sampah yang dikutip melibatkan plastik, botol, bekas makanan dan peralatan nelayan. Hal ini menunjukkan kesedaran segelintir masyarakat yang membuang sampah sesuka hati itu masih rendah.

Pembuangan sampah merata-merata  mengundang kesan negatif seperti bau busuk di persekitaran kawasan pelancongan terlibat dan mencemarkan keindahan Kuala Perlis yang juga merupakan antara lokasi pelancongan popular di negeri ini. 

Kebersihan alam sekitar membawa kepada keselamatan dan kesihatan masyarakat.
ayuh kita amalkan budaya kebersihan dan pupuklah sikap bertanggungjawab dalam diri.

BUANGLAH SAMPAH DI TEMPAT YANG BETUL.

JADILAH PENGHUNI BUMI YANG BIJAK!!!

Sumber : Utusan Malaysia & FB Jom Bersih Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …