MAYAT KOMANDO HANYUT DARI MELAKA HINGGA KE BANTING

Selepas dua minggu hilang di laut, mayat dipercayai anggota komando Tentera Darat, Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang lemas di perairan Pulau Undan, di sini, akhirnya ditemui hanyut sehingga ke Tanjung Sepat, Banting, Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mayat memakai pakaian menyelam itu dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

“Maklumat awal mendapati mayat mangsa dijumpai di pantai hutan bakau di Tanjung Sepat. Namun kami masih menunggu laporan penuh kejadian.

“Setakat ini polis positif ia adalah mayat komando yang dilaporkan lemas memandangkan baju menyelam dipakai mangsa. Perkara itu turut dinyatakan pihak tentera,” katanya tadi.

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …