KADAR PEREBAKAN PENYAKIT ASF DILIHAT SEMAKIN PERLAHAN DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA (8) : KESELAMATAN RAKYAT

KADAR PEREBAKAN PENYAKIT ASF DILIHAT SEMAKIN PERLAHAN DI PULAU PINANG

Kaedah ‘stamping out’ yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPVPP)  bagi pemusnahan babi di ladang positif atau disyaki terjangkit African Swine Fever (ASF) memberi kesan yang amat baik apabila kadar perebakan penyakit dilihat semakin perlahan sejak langkah pemusnahan dijalankan bermula 5 Januari lepas. 

Penemuan oleh JPVPP menunjukkan karkas babi dengan tanda-tanda klinikal seperti penyakit ASF di rumah sembelih telah berkurang serta tiada aduan kematian babi yang tinggi di ladang babi.  

Proses ‘stamping out’ yang berpandukan Protokol Veterinar Malaysia (PVM) bertujuan menghapuskan virus supaya penternak dapat menternak semula dengan selamat serta bebas daripada penyakit ASF, seterusnya menjamin bekalan daging babi dalam negara mencukupi 

Sehingga kini, ASF telah menjangkiti 30 ladang babi komersial di negeri ini iaitu sebanyak 19 ladang dijangkiti di Daerah Seberang Perai Selatan; dua di Daerah Seberang Perai Tengah; enam di Daerah Seberang Perai Utara dan tiga di Daerah Barat Daya yang melibatkan 68,659 ekor babi manakala sebanyak 14,385 ekor babi telah dilupuskan daripada 16 ladang. 

Sumber Rujukan: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …