MARITIM KELANTAN LUPUS TUJUH BOT NELAYAN VIETNAM

 

KOTA BHARU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan melupuskan tujuh bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak oleh mahkamah secara penggelaman untuk dijadikan tukun tiruan pada jarak 5.3 batu nautika dari Kuala Besar, Kota Bharu pada Rabu.

Tiga daripada bot yang ditenggelamkan merupakan bot nelayan asing yang menggunakan nombor bot tempatan untuk mengaburi mata penguat kuasa.

Bot-bot dirampas dalam Op Naga Barat, Op Kuda Laut dan Op Damai pada tahun 2021.

Penahanan turut melibatkan tahanan ke atas 58 kru termasuk tekong dan rampasan pelbagai jenis ikan sebanyak 1,700 kilogram (kg) ikan baja (1,300kg), gamat (50kg) sotong kering (150kg), 27,800 liter diesel serta peralatan navigasi dan menangkap ikan dianggarkan bernilai RM7.1 juta

Sejak tahun 2007, Maritim Negeri Kelantan melupuskan sebanyak 264 bot nelayan asing Vietnam melalui pelbagai kaedah seperti penenggelaman, musnah, lelong dan jual serta hadiah dengan anggaran nilai lebih RM380 juta.

Bot-bot melalui proses pemilihan ketat sebelum lulus untuk ditenggelamkan bagi memastikan tiada pencemaran berlaku, tidak mudah pecah dan lebih tahan untuk dijadikan tukun tiruan

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …